RAJA-RAJA MELAYU MENANDATANGANI
PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
|
Pada hari ini dalam tahun 1948,
bertempat di King's House (atau CARCOSA) Kuala Lumpur satu perjanjian yang
ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan
British telah disempurnakan. Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah
penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Upacara
menandatangani perjanjian ini telah dilakukan di sebuah bangunan yang
bersejarah iaitu King's House yang juga dikenali sebagai Carcosa,
sepanjang sejarahnya Carcosa telah menyaksikan berbagai peristiwa
bersejarah. Bangunan yang dibina dalam tahun 1890 dengan belanja $25,000
ini pernah menjadi tempat tinggal Residen British Frank Swettenham, semasa
Perang Dunia Ke-2 pula menjadi mess pegawai Jepun dan Balai Pertabalan Sultan
Selangor, Tengku Kelana oleh pihak berkuasa Jepun pada 1941. Pada hari
ini dalam tahun 1948, menyaksikan satu lagi peristiwa penting iaitu
menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, di mana mulai 1 Februari
1948, kedudukan Raja-Raja Melayu telah dikembalikan dan beberapa syarat
kerakyatan bagi orang-orang asing serta hak-hak istimewa orang Melayu telah
dikembalikan. Peristiwa bersejarah pada hari ini juga adalah menjadi asas kepada
kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 kemudiannya, dan menjadikan Malaysia
sepertimana yang kita semua nikmati pada hari ini.
Berkaitan:
|
No comments:
Post a Comment